DASAR PRIVASI


KAMI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MELINDUNGI PRIVASI ONLINE ANDA

NOTIS DATA PERIBADI DECATHLON

Selamat sejahtera, notis data peribadi (“Notis Data Peribadi”) dikeluarkan oleh Decathlon Malaysia Sdn Bhd (“Syarikat”) yang selaras kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Sepanjang urusan anda dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • nama anda;
  • tarikh lahir anda;
  • alamat e-mel anda;
  • nombor telefon anda;
  • nombor kad pengenalan atau nombor pasport anda;
  • alamat kediaman anda;
  • alamat penghantaran anda;
  • alamat invois anda;
  • cara dan sejarah pembayaran anda;
  • gambar anda;
  • butiran akaun bank anda;
  • butiran akaun Decathlon anda;
  • pertanyaan atau komen anda;
  • peranti elektronik anda;
  • sukan kegemaran anda;
  • sejarah pembelian anda;
  • sejarah dan butiran senaman anda,
dan data peribadi yang berkaitan seperti di atas.
Selain daripada data peribadi yang anda beri kepada kami, kami akan mendapatkan dan memproses data peribadi daripada anda sepanjang waktu urusan anda dengan kami .
Kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan:
  • memproses pembelian anda
  • pencegahan transaksi yang tidak sah
  • pengesanan status pembelian anda
  • memberi anda akses kepada
    • sejarah pembelian anda
    • memberi akses resit pembelian anda
  • untuk memberitahu anda tentang promosi-promosi terbaru Decathlon
  • untuk memberi nasihat sukan kepada anda
  • untuk menghubungi anda tentang produk kami jika produk kami mempunyai apa-apa kecacatan atau kegagalan
  • untuk memberi perkhidmatan pelanggan kepada anda
  • untuk berkomunikasi dengan anda
  • untuk tujuan pengurusan sumber manusia
  • untuk rekod dalaman kami
  • untuk memenuhkan kewajipan kami di bawah undang-undang atau perjajnjian kami dengan anda
  • untuk mengenalpasti ketepatan maklumat yang diberi anda,
dan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan seperti di atas (“Tujuan-tujuan”).
Data peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain daripada Malaysia, terutamanya kepada pelayan (“servers”) Decathlon. Anda memahami dan setuju bahawa data peribadi anda akan dipindah, disiimpan, dan digunakan data di luar Malaysia.
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda kecuali kepada penasihat profesional kami, ejen atau pembekal perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia kami, dan kepada pihak-pihak , pembekal insurans, bank, kepada mana-mana pihak seperti yang diperlukan di bawah undang-undang atau arahan agensi kerajaan.
Jika anda tidak memberikan kami data peribadi anda serta tidak setuju dengan Notis Data Peribadi ini, kebolehan anda untuk berurusan dengan kami atau untuk menikmati apa-apa faedah daripada kami akan terjejas.
Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda akan disimpan dengan selamat. Anda berhak untuk meminta akses atau salinan, atau meminta bahawa data peribadi dikemaskini atau dibetulkan. Anda berhak untuk meminta bahawa kami mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, tertakluk kepada apa-apa pengecualian undang-undang yang membolehkan kami untuk mengumpulkan, menggunakan, dan mendedahkan data peribadi anda.
Dengan memberi data peribadi anda kepada kami, anda setuju bahawa kami akan memproses data peribadi anda berdasarkan Notis Data Peribadi ini, dan anda mengesahkan bahawa segala data peribadi yang diberi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan adalah maklumat terkini. Anda akan memaklumkan kepada kami sekiranya berlakuapa-apa perubahan berkaitan data peribadi anda.
Kami berhak untuk mengemaskini dan membuat pindaan kepada Notis Data Peribadi ini pada bila-bila masa. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang pindaan yang dibuat kepada Notis Data Peribadi ini melalui pengumuman di laman web kami. Jika kami membuat pindaan kepada Notis Data Peribadi, pindaan yang dibuat akan diguna pakai untuk data peribadi yang dikumpulkan selepas tarikh pemindaan Notis Data Peribadi ini sahaja.
Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Notis Data Peribadi adalah selaras dengan Dasar Privasi kami yang disediakan dalam Bahasa Inggeris yang boleh diakses di halaman <https://www.decathlon.my/page/privacy-policy.html>. Sekiranya wujud sebarang percanggahan antara Dasar Privasi kami dan Notis Data Peribadi ini, Dasar Privasi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dengan sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang permintaan (untuk mengakses dan/atau mengemaskini dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda), pertanyaan, aduan, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda, sila hubungi wakil kami dengan menghantar e-mel kepada alamat yang berikut: dpo.malaysia@gmail.com.

DIKEMASKINI PADA SEPTEMBER 2019