

- Notis data peribadi (“Notis”) ini mengenai penggunaan data peribadi oleh Decathlon Malaysia Sdn Bhd (“Syarikat” atau “Kami”) selaras dengan Polisi Privasi Syarikat yang diterbitkan di laman web dan aplikasi telefon bimbit kami (“Polisi Privasi”).
- Dengan menggunakan atau mengakses laman web kami (www.decathlon.my atau www.play.decathlon.my) dan aplikasi telefon bimbit kami (“Platform”), anda membenarkan pemprosesan data peribadi anda (“Data”) seperti yang dinyatakan di bawah dan dinyatakan di dalam Polisi Privasi.
- Data bermaksud:
- Nama;
- Nombor kad pengenalan atau nombor paspot;
- Alamat e-mel
- Alamat kediaman
- Alamat penghantaran;
- Alamat invois;
- Cara dan sejarah pembayaran;
- Butiran akaun bank;
- Butiran akaun Decathlon;
- Nama anak tanggungan (jika berkenaan);
- Umur anak tanggungan (jika berkenaan);
- Orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan, termasuk nama dan nombor telefon;
- Butiran laman sosial; atau
- Data peribadi lain yang dikumpul dari anda melalui penggunaan Platform oleh anda.
- Pemberian Data anda adalah secara sukarela. Jika anda enggan memberikan Data tersebut kepada kami atau tidak bersetuju dengan Notis Data Peribadi ini, anda mungkin tidak dapat mengakses atau menggunakan ciri-ciri Platform kami.
- Data anda yang dikumpulkan oleh kami akan diproses untuk tujuan-tujuan berikut:
- memproses pembelian anda;
- pencegahan transaksi yang tidak sah;
- pengesanan status pembelian anda;
- memberi anda akses kepada:
- sejarah pembelian anda;
- memberi akses resit pembelian anda;
- berkomunikasi dengan anda dan menghantar maklumat yang mungkin akan
menarik perhatian anda seperti:
- promosi-promosi terbaru Decathlon;
- nasihat sukan;
- aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan;
- untuk menghubungi anda tentang produk kami jika produk kami mempunyai apa-apa kecacatan atau kegagalan;
- membolehkan anda untuk menggunakan Platform kami;
- membolehkan anda mendaftarkan anda atau anak tanggungan anda untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kami;
- membangunkan, mengekalkan dan meningkatkan tahap perkhidmatan kami;
- untuk memberi perkhidmatan pelanggan kepada anda dan menjawab pertanyaan anda;
- untuk mengelakkan aktiviti penipuan atau haram dan untuk menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami;
- memudahkan penyertaan anda dalam acara-acara, pertandingan, tinjauan, temu ramah atau ujian produk;
- melakukan penyelidikan atau tinjauan pasaran, analisis pemasaran, aktiviti profil pelanggan dan trend berkaitan dengan produk, acara-acara dan/atau perkhidmatan kami;
- membolehkan kami untuk mematuhi kewajipan berdasarkan undang-undang atau peraturan atau untuk membantu sebarang siasatan oleh pihak berkuasa;
- untuk tujuan pengurusan sumber manusia;
- untuk rekod dalaman kami;
- untuk mengenalpasti ketepatan maklumat yang diberi anda;
- Dengan memberikan Data anda kepada kami, anda memberi persetujuan kepada pemprosesan Data selaras dengan Polisi Privasi kami dan anda mengesahkan bahawa sebarang Data yang diberikan oleh anda adalah tepat, penuh dan tidak mengelirukan. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami sekiranya berlakunya perubahan kepada Data anda.
dan untuk apa-apa tujuan yang berkaitan seperti di atas (secara kolektif, “Tujuan-tujuan”).
- Data anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain daripada Malaysia, terutamanya kepada pelayan (“servers”) Decathlon. Anda memahami dan setuju bahawa data peribadi anda akan dipindah, disimpan, dan digunakan data di luar Malaysia.
- Kami mungkin akan mendedahkan Data tersebut kepada:
- Pembekal perkhidmatan;
- penganjur atau penyelenggara acara dan aktiviti-aktiviti;
- syarikat bersekutu Decathlon;
- pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang terlibat dalam:
- pengendalian kajian statistik dan analisis
- bahan pemasaran dan komunikasi kami;
- penasihat profesional kami,
di dalam atau di luar Malaysia, atas dasar keperluan sahaja (need to know basis) untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas atau untuk tujuan perniagaan lain yang sah sahaja, dan kepada mana-mana orang yang kami diwajibkan untuk mendedahkan di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi pekerjaan.
Sekiranya anda telah memberikan alamat e-mail anda kepada kami semasa menggunakan Platform, anda mungkin akan menerima e-mel komunikasi dari kami. Sekiranya anda ingin berhenti untuk melanggan e-mel komunikasi kami, anda boleh klik pada pautan “Unsubscribe” yang bersedia ada dalam e-mel komunikasi.
- Jika anda mempunyai sebarang permintaan untuk mengakses dan/atau mengemaskini dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, pertanyaan, aduan, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk mengumpul dan memproses Data anda, sila hubungi wakil kami dengan merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah:-
- Kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data tersebut, untuk alasan-alasan yang dibenarkan dari sisi undang-undang.
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Emel: dpo.malaysia@decathlon.com
Alamat: M2-G-01, 8trium Tower, Jalan Cempaka SD 12/5, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Kami berhak untuk mengemaskini dan membuat pindaan kepada Notis Data Peribadi ini pada bila-bila masa. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang pindaan yang dibuat kepada Notis Data Peribadi ini melalui pengumuman di Platform kami. Jika kami membuat pindaan kepada Notis Data Peribadi, pindaan yang dibuat akan diguna pakai untuk data peribadi yang dikumpulkan selepas tarikh pemindaan Notis Data Peribadi ini sahaja.
- Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Notis Data Peribadi adalah selaras dengan Dasar Privasi kami yang disediakan dalam Bahasa Inggeris yang boleh diakses di halaman https://www.decathlon.my/content/7-privacy-policy. Sekiranya wujud sebarang percanggahan antara Dasar Privasi kami dan Notis Data Peribadi ini, Dasar Privasi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dengan sewajarnya.
- Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai amalan privasi kami, sila hubungi kami: dpo.malaysia@decathlon.com.
Kemaskinian Terakhir: 7 Julai, 2021